SCM player skins

Monday, June 10, 2013

Umrah (Mekah)


Assalamualaikum w.b.t

Ari tu..sarah dah story pengalaman Umrah di Kota Madinah.. now..nak story pengalaman Umrah kat Kota Mekah..Syukur Alhamdulillah..dengan izinNya..sarah, mok dengan ayoh dapat menjejakkan kaki di tanah suci ALLAH..sampai je..kitorang terus buat ibadat umrah yg pertama..

* Suasana dataran Kaabah yg agak sesak dengan jemaah-jemaah yg datang dari pelusuk dunia..Subhanallah..
* Ni suasana semasa sarah buat Saie..
* Suasana di luar Masjidil Haram di malam hari..di belakang tu dipanggil pintu King Abdul Aziz 1
* selepas solat Zuhur..sempat lagi sarah bagi burung makan..hehhe..kruk..kruk..
Di Kota Mekah..Alhamdulillah..ktorang sempat melawat tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah..lihat gambar2 tempat lawatan kitorang & sejarahnya kat bawah..heheheh =)



Ni masa dekat Jabal Thur..masa ni kitorang xsempat nak tengok dekat-dekat..just boleh tengok dalam bas je..jadi gambar pon goyang-goyang sikit..hehhehe.. Jabal Thur ialah bukit yang didaki oleh Rasulullah s.a.w bersama-sama Saidina Abu Bakar r.a untuk menyelamatkan diri dari orang Quraisy Mekah. kat sini.. terdapat sebuah gua dipanggil Gua Thur, tempat Rasulullah s.a.w & Saidina Abu Bakar r.a bersembunyi.. kat gua ini jugak Saidina Abu Bakar r.a dipatuk ular berbisa di kakinya semasa Rasulullah s.a.w sedang tidur di pangkuannya..Baginda s.a.w sapu luka tadi dengan air liur Baginda & Saidina Abu Bakar pon sembuh..



* sory...gambar jadi kelabu sebab masa ni bateri kamera nak abis daaa..
Lepas tu.. kitorang pergi melawat Jabal Rahmah (Padang Arafah).. kawasan di Padang Arafah sangat2 luas..banyak gerai2 jualan yg ada..peminta sedekah pon ramai kat sini..sekali kita bagi..ramai pulak yg datang serbu..sampai baju sarah pun dy tarik taw..aduyai.. Jabal Rahmah ialah tempat Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah terakhirnya.. di sini jugak adalah tempat pertemuan Nabi Adam as & Hawa setelah diturunkan.. ha.. sbb tulah.. tempat ni terkenal dgn mereka yg nak dapatkan jodoh dgn berdoa..


Gambar kat atas ialah di Mina.. Mina ialah sebagai tempat jemaah2 haji melontar jumrah.. beribu-ribu khemah putih yg lengkap dgn aircond dipasang kat sini.. keliling kiri kanan sumanya khemah..sangat2 cantik..




Ha....hahhaha... gambar kat atas ni masa kitorang pergi melawat ladang susu unta.. actually.. perasaan sarah masa ni bercampur gaul.. rasa takut tapi hati tu rasa nak pergi dekat jugak.. hhahaha... bila pergi dekat... Ya Allah.. Subhanallah.. besar rupanya unta ni.. (unta tu yg besar ke @ sarah yg kecik ni..)... hahahha... disebabkan nak sangat bergambar.. terpaksa la buat2 berani.. susu unta ni banyak khasiat dia.. susu unta ni dikhabarkan dapat merawat penyakit spt sakit perut, asma & kencing manis sebab dalam susu unta mengandungi vitamin c, potassium, mineral & zat besi.. yg menarik perhatian sarah kat sini.. sarah dapat lihat padang pasir pada zaman Nabi kita.. Ya Allah.. rasa tenang je bila tengok.. sarah sempat rakam video kawasan tu.. tengok bawah... =)

                                     
Kota Mekah adalah kota suci bagi setiap umat Islam yg mempunyai impian untuk datang beribadah kat sini.. Syukur Alhamdulillah.. Allah telah memakbulkan doa kami & memberi peluang untuk datang beribadah di kota yg menyenangkan ini.. memang hati kitorang rasa sangat2 berat untuk tinggalkan kota ini.. semoga Allah masih memberi peluang & keizinanNya untuk datang beribadah di sini lagi.. IN SHA ALLAH.. amim.. =)

* time to shopping...hehheeheh :P

* ha..dalam Masjid Nabawi & Masjidil Haram.. ada air zam yg disediakan untuk para jemaah minum.. bila2 masa boleh minum..


 * lepas abis solat kat Masjidil Haram.. =)
 * bergambar kenangan with para jemaah Utas Travel & Tours ;)
 * ha..ni no plat bas kat Mekah..
* bergambar di Kaabah selepas buat tawaf wida' (selamat tinggal).. sedihnya.. :(


No comments:

Post a Comment