SCM player skins

Wednesday, June 05, 2013

Umrah (Madinah)

Assalamualaikum  w.b.t

di KLIA
Bulan Mei ari tu..sarah ada pergi mengerjakan Umrah..Alhamdulillah...ALLAH dah makbulkan doa sarah untuk pijakkan kaki ke tanah suci Mekah..sarah pergi sekali dengan mok ayoh..kitorang pergi under Utas Travels & Tours..Alhamdulillah..layanan yg diberi amat memuaskan..Di KLIA, kitorang menunggu pihak Utas untuk diberikan visa & tag nama..dapat je..terus pakai..hahha..(xsabar ni...)



Kami menaiki flight Saudi Arabian untuk sampai ke Madinah..nak taw tak..duduk dalam flight Saudi Arabian macam duduk dalam umah..apa taknya..penerangan flight melalui tv seat..boleh tgk movie..ciap boleh main game lagi..lepas tu..kitorang diberi makan secara percuma lagi taw..setiap 30 minit..makanan akan sampai..jgn harap la korang dpt tido dalam flight tu..

tv seat
Sesampainya di Madinah..kami sangat teruja melihat kota Madinah al-Munawwarah apatah lagi melihat Masjid Nabawi..very beautiful..seriusly..3 hari di Madinah memang xpuas bagi kitorang..terutama kitorang dapat melihat & berdoa di Raudhah (taman-taman Syurga)..kitorang jugak dapat melihat makam Nabi Muhammad & sahabat2 di dalamnya..berbagai bangsa dapat dilihat disana dengan pelbagai karenah yg  pelik pun ada..cuaca disana panas kering..berbeza dengan Malaysia..

Di luar Masjid Nabawi

Di dalam Masjid Nabawi





Di kota Madinah..kitorang pergi melawat Masjid Quba..Syukur Alhamdulillah..kami sempat berdoa & solat sunat kat Masjid Quba..Masjid Quba adalah masjid pertama yg dibina di dunia dalam sejarah Islam yg dibina oleh Rasullullah s.a.w sendiri..

lepas tu kitorang dibawa melawat Bukit Uhud..menurut muassasah..disinilah berlakunya Peperangan Uhud. Punca utama peperangan Uhud ialah perasaan marah & dendam kaum musyrikin Quraisy yg dikalahkan oleh tentera Islam dalam perang badar..


di Bukit Uhud :)
Keesokkannya..kami menaiki bas bertolak ke Kota Makkah..ia mengambil masa 7 jam untuk sampai..Subhanallah..hati terasa tak sabar sngt2 untuk jejakkan kaki di kota suci itu..tunggu sambungan pengalaman di kota mekah ye...!!! =)


No comments:

Post a Comment