SCM player skins

Sunday, June 23, 2013

Jerebu di Bulan Sha'ban


Alhamdulillah Magrib semalam, 23 Jun 2013 bersamaan dengan 15 Shaaban 1434H bermulanya Nisfu Sha'ban... Malam dimana buku amalan kita yang lama akan diangkat & akan diturunkan buku amalan baru... Ya ALLAH.. rasa sebak dihati bila teringatkan buku yang lama.. semoga ada catitan kebaikan yang kita tidak sedar... semoga ALLAH menerima segala amalan kita..


Di bulan Sha'ban jugak.. perbanyakkanlah membaca surah Yassin, berzikir, selawat ke atas nabi kita, & berdoa semoga kita dipanjangkan umur.. mendapat rezeki yang halal & dilindungiNya dari segala penyakit & musibah... amim..

Di bulan ini jugak.. kita dikejutkan dengan fenomena Jerebu.. Jerebu sudah merebak dengan cepat ke seluruh negeri di Malaysia.. Jerebu berlaku apabila debu, asap & zarah pencemaran berkumpul mengaburi langit.. kesan buruk dari jerebu ni boleh menyukarkan untuk bernafas atau hidung boleh tersumbat.. ia jugak boleh menyebabkan iritasi pada mata kita..

Untuk mengelakkan dari masalah ini..

1. Jangan keluar rumah serta tutup semua tingkap & pintu
2. Semasa keluar, pakailah topeng muka (mask)
3. Selalu minum air
4. Kurangkan penggunaan kenderaan

No comments:

Post a Comment